Quantcast
Channel: Blog Pertanian » Baja Foliar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Penggunaan Baja Foliar

$
0
0

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Hari ni saya nak terangkan penggunaan baja foliar yang dijual di http://diaripetani.com/benihsayur. Setakat ini ada 6 jenis baja foliar yang dijual.

 

satu-sudu

Penggunaan baja foliar adalah mudah digunakan hanya perlu dilarutkan dalam air dan kemudian anda spray pada pokok mengikut jenis baja yang bersesuaian. Baja ini sangat menjimatkan dan lebih berkesan.

Cara Bancuhan Untuk Pengguna Di Rumah

Anda hanya perlu ada bekas spray yang 1 liter seperti gambarajah dibawah. Masukan 1 liter air kedalam bekas spray dan campurkan satu sudu baja sahaja ke dalam bekas spray. Goncangkan bekas spray dan terus spray pada daun pokok dari atas sampai pangkal pokok.  Dalam masa 5 – 7 hari anda akan nampak kesannya.

Saya ada mendapat pertanyaan dari pelanggan yang membeli, boleh ke saya nak letak lebih sukatan baja? Boleh, tetapi dah kira membazir sebab pokok hanya akan menyerap ikut keperluannya sahaja. Untuk pokok kecil cukup sekadar satu sudu. Bila pokok dah besar boleh la tambah kepada 2 sudu sebab pokok dah mula serap lebih baja.

Ada juga yang bertanya baja foliar ni organik ke kimia?   Baja foliar ini jenis kimia. Baja foliar bukan sejenis racun. Baja dan racun adalah suatu benda yang berbeza.

spray

 

Berikut Adalah Jenis Baja Yang Dijual Dan Jenis Tanaman Yang Disyorkan Mengikut Jenis Baja

1. Baja Maxigreen

baja-foliar-maxigreen48

Baja maxigreen adalah jenis cecair. Baja ini biasa saya gunakan untuk semaian dan juga semburan untuk pokok-pokok muda. Semasa menyemai benih siram dengan air yang dicampur baja maxigreen. Boleh juga spray tanaman seperti kangkung,bayam,sawi dan jenis-jenis sayuran berdaun atau kekacang yang masih kecil.

Sukatan siraman 10 ml campur 10liter air.

 

2. Baja 22.22.10.1+TE

Baja-foliar-kuning

Baja 22.22.10.1+TE adalah jenis serbuk. Baja ini adalah baja yang paling banyak digunakan semasa menanam pokok. Baja ini juga sama fungsi seperti baja maxigreen. Baja ini sesuai untuk semua jenis  sayuran dan pokok-pokok muda yang belum berbunga. Biasanya tanaman sayuran berdaun seperti kangkung,sawi,bayam,kobis dan sebagainya akan guna baja ini dari awal tanaman sehingga sayur dituai.Untuk peringkat awal pokok kekacang dan sayur berbuah seperti petola,timun,cili,terung akan guna baja jenis ini.

Sukatan penggunaan baja adalah 1 sudu baja +1 liter air dan spray pada pokok. Pokok dewasa boleh guna 2 sudu mengikut kesesuaian pokok.

 

3. Baja 21.21.21+TE

Baja-foliar-biru

Baja 21.21.21+TE adalah jenis serbuk. Baja ni adalah special untuk pokok orkid. Jika anda mempunyai pokok orkid yang sukar berbunga dan beranak gunakan baja jenis ini. Baja ni juga sesuai untuk pokok sayur buah seperti jagung manis, kacang panjang, petola, timun yang sedang berbunga.

Sukatan penggunaan baja adalah 1 atau 2 sudu baja +1 liter air dan spray pada pokok.

 

4. Baja 18.33.18+TE

Baja-foliar-hijau

Baja 18.33.18+TE adalah jenis serbuk. Baja ni sesuai untuk pokok yang berbunga. Biasanya baja ini digunakan spray pokok bunga hiasan seperti bunga kertas,bunga ros dan sebagainya. Juga sesuai untuk pokok sayuran yang berbunga.

Sukatan penggunaan baja adalah 1 sudu baja +1 liter air dan spray pada pokok.

 

5. Baja 13.26.26+TE

Baja-foliar-merah

Baja 13.26.26+TE adalah jenis serbuk. Baja ni sesuai untuk pokok sayuran yang mula berbuah. Antara pokok sayuran yang sesuai untuk baja ini adalah terung, timun, jagung, jenis kekacang, jenis cili, petola dan sebagainya.

Sukatan penggunaan baja adalah 1 atau 2 sudu baja +1 liter air dan spray pada pokok.

 

6. Baja 12.12.36+MgO+TE

Baja-foliar-putih

Baja 12.12.36+MgO+TE adalah jenis serbuk. Baja ini sesuai untuk pokok sayur berbuah dan pokok buah-buahan. Pokok sayur berbuah yang sudah masuk peringkat pertengahan boleh guna baja ini membolehkan pokok mengeluarkan buah maksimum. Pokok buah seperti tembikai, keledek dan buah naga sesuai guna baja ini. Pokok buah-buahan seperti pelam, belimbing, rambutan, jambu juga boleh guna baja ini.

Sukatan penggunaan baja adalah 1 atau 2 sudu baja +1 liter air dan spray pada pokok. Untuk membaja pokok buah-buahan besar anda boleh tabur 30gm baja keliling pokok atau bancuhkan 30gm baja dalam sebaldi air dan siram pangkal pokok.

 

Setakat ini post saya berkaitan baja foliar. Untuk mencuba dan mendapatkan baja jenis foliar boleh beli dihttp://diaripetani.com/benihsayur. Harganya serendah RM3 sahaja untuk pek kecil 30gm.

 

Terima Kasih

Use Facebook to Comment on this Post

Share


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2